pertama aku bertemu dengan dia, di kedai perabot. aku hanya terfikir yang dia hanya promoter yang hebat. promoter ketika dahulu, majalah dan album gambar mengiringi mereka untuk dijelaskan rupa produk pada customer. sekarang, masa dah berubah mengikut peredaran yang semakin moden. kini, promoter membawa ipad di sisi siap di- install aplikasi gambar produk mereka. wow ! advance nya rasa.
pertama kali dia menjejakkan kaki ke teratak ibundaku dengan menaiki lori besar diisi penuh perabot-perabot baru. dua orang untuk mengangkat dan memasang. saiz yang besar, sudah tentulah berat. aku cuba mengangkat perabot kecil dipanggil "side table", berlaci dua. sesungguhnya ia sangatlah berat. tidakku mampu mengangkat seorang diri. sob sob.. :(
dia berlalu pergi bersama rakannya setelah gigih memasang perabot-perabot di kamar ibundaku. peluh membasahi, penat ditulisi di raut wajah masing-masing. sekiranya aku di tempat mereka, sudah tentu aku ingin mengadap sejag air sejuk bersama nasi bagi mengisi semula minyak, maksudku tenaga.
setelah sebulan, aku bertemu kembali dengannya. kali ini, dia seorang diri menghantar perabot permintaan ayahandaku semasa ketiadaan mereka. aku lah yg deal dengannya. aku jenguk di luar pagar, tidak pula aku melihat sebarang lori. guess what... dia naik kenderaan apa? sebuah kereta baru hyundi elantra berwarna hitam. kelihatan seolah olah cahaya memantul menyilau mataku. rupa rupanya dia anak bos. haha
=)
*hanyalah coretan
May peace be upon you guys ^_^
No comments:
Post a Comment