apabila di dunia
apabila kebenaran tak boleh diungkap
apabila tiada satu pun mahu mendengar
apabila pandangan dan idea tidak lagi boleh diungkap
apabila pandangannya hanya dilihat sebagai masalah
apabila pandangannya hanya dilihat sebagai protes
apabila pandangannya hanya dilihat sebagai suatu kemarahan
apabila setiap rintihannya harus dipendam
apabila tiada yang boleh dipercayai olehnya lagi
berdiam hanyalah jawapannya
dan apabila dia harus berjalan terus bersendiri
tiada lagi orang disisinya
hanya kekuatan pada dirinya untuk terus berjalan
mampukah si dia untuk jujur dalam dirinya ?
*hanya nukilan
Fikiran setiap manusia adalah berbeza. Seseorang yang matang tidak akan hanya melontarkan kata-kata tanpa dia berfikir. Yang mendengar haruslah berfikir sebelum membuat sebarang penilaian. Cuba kita sama-sama renungkan kata-katanya dari sudut kita sebagai pendengar dan juga dari sudut dia yang menceritakan. Mungkin kita akan dapat melihat pro dan cons. Bertolak ansurlah sekiranya boleh kerana kita hidup di dunia ni bermasyarakat.
Renung- renungkan. =)
May peace be upon . thank you.
No comments:
Post a Comment